Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Adegan belukar ‘kopi’

Bukit Mertajam: “Saya lihat polis cuba memujuk lelaki mendukung bayi itu, tapi dia bertindak agresif dengan melibas parang ke arah polis sebelum polis menembak kakinya.”
Foto
Demikian kata saksi mahu dikenali sebagai Din mengenai ‘drama’ seorang lelaki yang menjadikan bayi perempuannya berusia empat bulan sebagai tebusan bagi mengelak ditahan polis, di Kampung Bukit Teh, di sini, semalam.
Malah, suspek berusia 26 tahun turut mengugut membunuh anak keduanya itu dengan mengacu satu daripada dua parang dipegangnya ke leher bayi itu.

Din berkata, ketika kejadian jam 9.45 pagi, dia sedang menjalankan kerja mengukur tanah di kawasan itu sebelum melihat seorang lelaki berlari sambil mendukung seorang bayi.
“Lelaki itu cukup agresif, namun polis berjaya menembaknya dan mujur bayi didukung lelaki itu dapat diselamatkan,” katanya.-Hmetro
0 Komentar untuk "Adegan belukar ‘kopi’"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info