Thursday, 22 August 2013

Rasa Terkilan, Ahmad Idham Cabar Wartawan Untuk Duduk Bersemuka


Hujung minggu lalu menerusi ruangan gossip, wartawan dengan nama samaran Kak Pora menulis akan satu kenyataan Ahmad Idham yang mahu badan berwajib melihat industri perfileman yang semakin tenat.
Menjawab tulisan Kak Pora, Ahmad Idham berkata tulisan wartawan itu lebih sebagai satu serangan balas peribadi dan menyalahkan pengarah itu selain menyifatkan ianya sebagai pendek akal.
“Saya cukup kesal dengan apa yang ditulis oleh wartawan terbabit. Isu seperti ini, bukanlah seperti kisah peribadi artis yang boleh diletakkan dalam ruangan gosip”
“Ini merupakan isu industri yang sepatutnya dibincangkan bersama secara terbuka. Bukannya baling batu sembunyi tangan,” jelas Ahmad Idham dalam satu kenyataan media hari ini.
“Bagi saya, tindakan yang dilakukan oleh wartawan tersebut, dilihat cukup ‘pendek akal.’ Apa yang ditulisnya, lebih bersifat peribadi”
“Dalam saya meluahkan kegusaran apabila melihat masalah serius yang berlaku dalam industri filem, dia (wartawan terbabit) dilihat lebih seronok menyalahkan saya, sepatutnya dia berusaha untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi”
“Saya mencabar wartawan ini. Kalau dia berani, jom kita jumpa dan bersemuka. Kalau dia tidak sahut cabaran ni, saya tahulah yang dia tidak cukup pandai dan sampai bila-bila sekadar duduk dan bersembunyi di belakang ruangan gosip seperti Kak Pora”
Di tanya kewajaran cabaran ini, Idham menambah “Dengan tindakan itu juga, massa lebih percaya kredibiliti wartawan tersebut, begitu juga pengiat bidang perfileman kita”
“Saya tidak marah, tetapi dalam keadaan sekarang di mana para wartawan mempunyai tahap pendidikan dan intelek yang tinggi, masih ada wartawan seperti ini yang menjadi ‘parasit’ merosakkan industri,” jawab Ahmad Idham ditanya mengenai perasaannya.
Industri perfileman tempatan mengalami kemerosotan dari segi kutipan di pawagam dengan jumlah kutipan kasar tiket pada tahun 2012 sekadar RM97.29 juta (76 filem), berbanding RM126.49 juta (49 filem) pada tahun 2011.
Lima bulan pertama 2013, menyaksikan penyusutan lebih kritikal apabila kutipan kasar filem filem tempatan di pawagam seluruh Malaysia sekadar RM40.39 juta sahaja.-Rotikaya

0 comments:

Post a Comment