Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Pemandu terbunuh tersepit bawah lori

SEREMBAN - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan pokok yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 243.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Mohamad Izmi Fariqzawan Mohamad Fauzi, 19, yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.



Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa dikatakan memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Port Dickson.

"Kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh lori yang berhenti di tepi lebuh raya.

"Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa tersepit dan meninggal dunia," katanya.

Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Menurut jurucakap polis itu, lori tersebut berhenti di lorong kecemasan kerana tayarnya pancit.

Pemandu lori yang berusia 33 tahun itu tidak cedera.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu. - Bernama
0 Komentar untuk "Pemandu terbunuh tersepit bawah lori"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info