Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Guna MPV larikan ATM

Kulaijaya: Sekumpulan penjenayah membawa lari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Pasar, dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian di antara jam 2.30 pagi hingga 2.45 pagi itu, sekumpulan tiga hingga lima penjenayah dipercayai melarikan ATM menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV). 
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian dan gerakan mengesan suspek giat dijalankan. 
“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya menerima panggilan orang awam kira-kira jam 3 pagi sebelum pasukan peronda bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ATM di bank berkenaan dilarikan. 
“Ia dipercayai didalangi tiga hingga lima penjenayah manakala jumlah wang tunai dibawa lari masih dalam siasatan pihak,” katanya.

Zulkefly berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penjenayah menggunakan kenderaan pacuan empat roda hitam untuk menarik mesin ATM sebelum dilarikan menggunakan MPV putih. 

Katanya, penjenayah memakai topeng muka dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian terbabit diminta tampil membantu polis.- Bharian
0 Komentar untuk "Guna MPV larikan ATM"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info