Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Dua pasangan kekasih dalang curi kereta ditahan

Kuala Lumpur: Dua pasangan kekasih yang mendalangi kegiatan curi kenderaan menggunakan alat mematikan sistem penggera kereta, tumpas selepas ditahan polis di Jalan Kuchai Lama di sini, kelmarin. 

Suspek berusia 31 hingga 36 tahun itu ditahan di sebuah kondominium dipercayai lokasi yang menjadi pusat persembunyian mereka dalam operasi jam 9 pagi. 

Serbuan dilakukan 

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid, berkata serbuan berkenaan dilakukan susulan polis menerima laporan berkaitan kes curi kenderaan di daerah Brickfields. 


Katanya, polis yang melakukan intipan menemui kereta jenis PROTON Waja yang dinaiki dua wanita di kawasan kondominium itu sebelum menahan mereka. 

Serbu kondominium 

“Susulan penahanan dua wanita itu, polis menyerbu kondominium berkenaan sebelum menahan pasangan suspek berkenaan. 
“Turut dirampas pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan di dalam sebuah kereta Proton Waja yang diletakkan di tempat letak kereta kondominium itu. 

“Polis juga merampas komputer riba, jam tangan, telefon bimbit, pisau, pisau pemotong daging dan sejumlah dadah dipercayai jenis eramin 5 dan syabu,” kata pada sidang media, semalam. 

Aida berkata, siasatan awal polis mendapati, dua pasangan kekasih itu dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kereta sejak setahun lalu dan kenderaan curi berkenaan digunakan untuk tujuan jenayah selain dijual. 

Katanya, keempat-empat suspek itu positif dadah dan ditahan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- Bharian
0 Komentar untuk "Dua pasangan kekasih dalang curi kereta ditahan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info