Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Aidil Zafuan Ceraikan Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS

Keretakkan rumah tangga diantara pemain bola sepak negara Aidil Zafuan dan pelakon Rita Rudaini, adalah tidak asing lagi kepada umum berikutan permainan tarik tali oleh Aidil semasa proses di mahkahmah berlangsung.

Namun, sebuah berita yang mengejutkan telah diterima  apabila sebuah rangkaian berita radio malaysia  telah melaporkan bahawa Aidil telah  menceraikan Rita dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
ohartis-rita_rudaini_aidil_zafuan_anak-anak

Tindakan Aidil yang secara mengejut itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi di ruang maya dan kemungkinan keputusan yang dibuat beliau itu berkaitan dengan hubungan pemain bola sepak tersebut dengan seorang  wanita  yang juga dikatakan teman wanitanya,Zarema Zainal.

“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil,”

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya.” ujar Rita Rudaini ketika ditemubual oleh wartawan Berita Harian.

Aidil sebelumnya,pernah didedahkan oleh Rita menjalinkan hubungan dengan adik perempuan kepada kawan rapat bekas suaminya itu,tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut.
1 Komentar untuk "Aidil Zafuan Ceraikan Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info