Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Adi selamat jalani pembedahan buang batu karang


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pelakon Adi Putra, 32, selamat menjalani
pembedahan membuang batu karang di saluran pundi kencingnya di sini hari
ini.

Menurut isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, pelakon dan pengarah filem Suami
Aku Ustaz itu menjalani pembedahan selama dua jam bermula 9.30 pagi tadi di Hospital Prince Court, di sini.

"Keadaan Adi stabil dan sekarang ini dia memerlukan rawatan intensif
kerana masih mengalami kesakitan kesan daripada pembedahan.

"Dia memerlukan rehat yang cukup dan buat masa sekarang segala aktiviti
seninya perlu ditangguhkan seketika sehinggalah sampai waktu yang sesuai
kelak," katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Sebelum ini, Adi bersama pelakon Nora Danish dan Zizan Razak berada di
Surabaya untuk menjalani penggambaran klip video bagi filem Suami
Aku Ustaz.

Bagaimanapun keadaannya yang kurang sihat menyebabkan dia terpaksa
bergegas pulang ke tanah air semalam.

"Sebelum ke Surabaya, Adi memang mendapat rawatan di Hospital
Prince Court. Ketika itu dia memang sakit tapi disebabkan tuntutan kerja,
dia memohon untuk keluar.

"Doktor bagi pilihan, sama ada bergantung kepada ubat penahan sakit atau
membuat pembedahan. Disebabkan kerja belum selesai, Adi pilih untuk
bergantung kepada ubat penahan sakit.

"Sewaktu berada di Surabaya mungkin kesan ubat sudah habis, dia telefon beritahu saya yang dia sakit. Itu yang buat dia kembali ke tanah air," ceritanya.

Kata Zuhaida, setakat ini segala kegiatan seni suaminya terpaksa
ditangguhkan dahulu dan Adi hanya akan kembali bekerja apabila disahkan
sihat oleh doktor.

-Utusan
0 Komentar untuk "Adi selamat jalani pembedahan buang batu karang"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info