Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Tak sempat cium tangan

Arau: Permintaan kali pertama seorang kanak-kanak perempuan mahu ke sekolah dengan membonceng basikal ditunggang kakaknya berakhir tragedi apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Mata Ayer berhampiran Kampung Alor Lanchang, di sini, semalam.

Lebih menyayat hati, mangsa, Nur Aleya Batrisha Mashrul Nusairi, 6, sempat memanggil nama kakaknya yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah, Nur Fatin Nabila, 10, sebelum menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

Foto

Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, sebuah Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun yang dalam perjalanan ke Mata Ayer dipercayai melanggar basikal dinaiki dua beradik itu dari arah sama yang menukar haluan secara tiba-tiba.

Pemandu kereta itu cuba mengelak, namun gagal menyebabkan dua beradik itu melambung sebelum terjatuh di atas jalan raya sejurus dilanggar kereta berkenaan.
Kejadian itu menyebabkan Aleya mati di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala kakaknya cedera di beberapa bahagian badan.

-Hmetro
0 Komentar untuk "Tak sempat cium tangan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info