Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Pendapatan iklan Yahoo terus terjejas

San Francisco: Yahoo terus terperangkap dalam kemelut pendapatan pada suku kedua, sekali gus menjejaskan kegembiraan sambutan ulang tahun pertama ketua eksekutif (CEO), Marissa Mayer memimpin pentadbiran syarikat internet itu.

Laporan kewangan suku kedua yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan pendapatan Yahoo Inc masih meningkat, tetapi mereka juga menekankan berhubung cabaran yang dihadapi syarikat itu kerana kehilangan kelebihan kepada pesaing Google Inc dan Facebook Inc di pasaran pengiklanan dalam talian yang menjana sebahagian besar daripada pendapatan mereka.

Pendapatan iklan Yahoo terus terjejas

Yahoo menjual paparan iklan sedikit kurang daripada yang dicatatnya untuk tempoh sama tahun lalu dan harga yang pengiklan sanggup bayar untuk ruang iklan juga jatuh sebanyak 12 peratus.

Sunnyvale, California, syarikat membuat beberapa kemajuan kecil dalam pasaran iklan internet dikuasai oleh Google, tetapi ia masih tidak cukup untuk mengelakkan pendapatan Yahoo daripada menurun dalam suku kedua itu apabila pasaran iklan digital di Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 15 peratus, berdasarkan anggaran firma penyelidikan, eMarketer.

Pendapatan suku kedua Google, yang dijadual dikeluarkan esok, dijangka menunjukkan pertumbuhan yang lebih mantap.

Masalah berkaitan iklan Yahoo pada mulanya mengheret saham syarikat turun lebih dua peratus dalam dagangan dilanjutkan, tetapi jualan bertukar arah apabila pengurusan meyakinkan pelabur bahawa ia bercadang untuk terus membeli balik saham syarikat.

Komitmen itu hadir selepas Yahoo sudah menghabiskan AS$3.6 bilion membeli balik kira-kira 190 juta sahamnya sejak tahun lalu, memenuhi janji yang dibuat Mayer sejurus selepas syarikat itu memperoleh durian runtuh AS$7.6 bilion daripada jualan hampir separuh daripada pegangannya dalam syarikat Internet China, Alibaba.
Lanjutan pembelian balik saham itu menggembirakan Wall Street kerana ia akan membantu menyokong harga saham Yahoo pada bulan akan datang.

Selain membantu mendorong permintaan bagi saham, pembelian balik membantu meningkatkan pendapatan sesaham dengan mengurangkan jumlah saham tertunggak. - AP
0 Komentar untuk "Pendapatan iklan Yahoo terus terjejas"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info