Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Nora Danish Kongsi Kemeriahan Berterawih Di Bulan Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi. Pastinya di bulan baik, kesemua umat Islam berpusu-pusu melakukan ibadah di waktu malam selepas berpuasa di siang hari. Hanya di bulan Ramadhan surau-surau dan masjid-masjid dipenuhi dengan manusia yang ingin mengerjakan solat terawih.

Pelakon comel, Nora Danish yang turut dikenali dengan nama Song Ji Hyo Malaysia turut sama tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat Terawih. Memang terasa kemeriahannya apabila Nora berkongsi gambar-gambar dirinya dan keluarga bersama-sama mengerjakan amalan sunat ini.

Walaupun ada komen-komen negatif mengatakan yang kononnya Nora Danish ingin menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas menunaikan solat Terawih kerana berkongsi gambar. Dengan bilangan pengikut yang ramai di Instagram, mana tahu ada yang tergerak hati untuk mengerjakan terawih selepas melihat Nora berbuat demikian.

Ikhlas atau tidak, bukanlah tugas kita sebagai manusia untuk mengadilinya. Yang itu biarlah Dia sahaja yang mengetahui. Yang pasti, Nora Danish mengambil peluang di bulan Ramadhan untuk melakukan amalan yang dituntut. Tak gitu?

Semoga Nora Danish akan terus istiqamah menunaikan solat terawih sepanjang bulan Ramadhan ini. Lebih baik kalau turut sama bersedekah setiap malam ketika terawih untuk menambahkan lagi pahala. Apa pun, sama-samalah kita berdoa agar amalan kita akan diterima oleh Allah sepanjang bulan mulia ini. Amin.

nora danish terawih

nora danish terawih

nora danish terawih


0 Komentar untuk "Nora Danish Kongsi Kemeriahan Berterawih Di Bulan Ramadhan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info