Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Mati dikepit pintu lif

Kuala Lumpur: “Saya terkejut melihat kanak-kanak itu terus mendiamkan diri sebaik kepala dan badannya dari paras pinggang ke atas tersepit di pintu lif,” kata Mohd Nor Asyraf Saifuddin, 17, saksi kejadian ngeri meragut nyawa, Khairul Amir Azri Lani, 11, dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Sungai Besi, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah bersama 17 yang lain berada di dalam lif untuk naik ke tingkat tiga kerana mahu ke rumah neneknya.

Asyraf berkata, kanak-kanak itu cuba memanjat tembok apabila lif tiba-tiba rosak antara tingkat dua dan tiga sebelum ia tiba-tiba terhempas menimpa mangsa.

Foto

Foto

Katanya, lif itu pada awalnya mahu terhempas, tetapi berhenti sebelum pintu terbuka menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengambil keputusan untuk melompat keluar.

“Pada awalnya ada seorang kanak-kanak lain yang mahu melompat keluar, tetapi saya sempat menariknya sebelum mangsa nekad keluar.
7 Komentar untuk "Mati dikepit pintu lif"

masalah selenggaraan lif memang satu masalah besar besar di negara kita...pemaju kata persatuan penduduk,persatuan kata pemaju dan dtepis ke kontraktor dan disalur ke menteri. Pi mai pi mai tang tu..yg mati sapa? Bukan anak menteri atau pemaju tapi anak2 penghuni. Di Sentul nun ??

This comment has been removed by the author. - Hapus

bro..bkn salh pemaju,kontrakton or sape2.cara penggunaan pn perlu di ambil kira.beratus org yg naik perangai pelik2..ade yg kencing,main lift,lompat2,bwk motor naik ats,main alrm mcm2 lg. itu salh satu sebab jangka hayat sesuatu pemasagan xlama..ini dri ape yg sy lihat.pihak maintanence telah buat yg sehabis baik bg menjaga pepasangan.

napa gmbr atas,sluar mngsa wrna hitam...tp gmbar bawah,sluar mngsa wrna merah....?

sah2 la yg bawah tu bukan mangsa, cer tengok btul-btul, xkan budak 11 tahun rupa dah tua macam tu (sluar merah)... tengok betul-betul...

yg suar merah 2 mak mangsa..

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info