Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Cadang harga ro kok RM16 sekotak

KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyarankan kerajaan menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus bagi mencapai sasaran pengurangan sebanyak 20 peratus jumlah penggunaan rokok di negara ini.

Kenaikan sebanyak 50 peratus itu akan meningkatkan harga sekotak rokok premium berjumlah 20 batang rokok kepada RM16 berbanding harga pasaran kini iaitu RM10.50.


Ahli Majlis MCTC, Dr. Norashidah Mohamed Nor berkata, berdasarkan kajian dijalankan olehnya tahun lalu, kenaikan sebanyak 10 peratus hanya mampu mengurangkan sebanyak empat peratus penggunaan rokok.

“Saya percaya sekiranya harga bagi sekotak rokok berjumlah 20 batang dinaikkan kepada RM16, sasaran kerajaan itu dapat dicapai selain menaikkan hasil cukai negara kepada 45 peratus,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

-Kosmo
0 Komentar untuk "Cadang harga ro kok RM16 sekotak"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info