Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Bayi bukan untuk dijual

Kuala Lumpur: Anak saya bukan untuk dijual! Biar kami hidup susah dan merempat, asalkan kami bertiga dapat bersama,” kata Maya, 23, yang selamat melahirkan bayi lelaki Isnin lalu.

Maya sebelum ini sarat mengandung dan suaminya ditemui wartawan Metro Ahad ketika menjadikan jejambat Jalan Kinabalu bersebelahan Sungai Klang sebagai tempat berteduh bertekad tidak mahu ‘menjual’ anak mereka yang baru dilahirkan Isnin lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Foto

Menurut Maya, sejak kisahnya dilaporkan akhbar ini Ahad lalu, dia tidak henti-henti didatangi individu yang menawarkan diri untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Malah, ada beberapa individu yang datang menawarkan wang RM8,000 hingga RM10,000 semata-mata untuk mendapatkan anaknya.

“Letaklah berapa tinggi nilainya, anak saya tetap anak saya. Dia bukan untuk dijual. Dialah satu-satunya harta kami. Biarlah kami susah sekalipun, kami akan tetap menjaganya dan tidak akan sesekali memberinya kepada orang lain.

“Selama ini kami tidak berduit dan tidak berharta, malah hidup merempat tetapi kami masih boleh hidup hingga kini. Kenapa bila sudah beranak, kami tidak boleh meneruskan kehidupan?

-Hmetro
1 Komentar untuk "Bayi bukan untuk dijual"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info