Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Anak jutawan dahaga kasih

Rawang: Nyata kemewahan tak dapat menggantikan kasih sayang apabila seorang gadis belasan tahun kini terkurung di pusat pemulihan akhlak selepas ketagihan syabu, lantaran diabaikan ibu bapanya yang sibuk mengurus perniagaan dengan pendapatan lebih RM100,000 sebulan.

“Saya rasa tersisih kerana ibu bapa sentiasa sibuk, malah mereka langsung tidak mengambil tahu hal persekolahan saya sampaikan buku rekod kemajuan saya pun, pekerja ayah yang ambilkan,” kata gadis itu yang mahu dikenali sebagai Nurin, 19.

Foto

Menurutnya, tanpa kasih sayang ibu bapa, kehidupan yang sentiasa dibaluti kemewahan sesuai dengan status sebagai anak jutawan akhirnya menjerumuskan dia ke kancah penyalahgunaan dadah seawal usia 13 tahun.

“Sebagai jalan keluar daripada kesunyian hidup tanpa perhatian emak dan ayah saya mencari keseronokan dengan menghisap syabu selepas dipelawa teman lelaki yang berusia jauh lebih tua daripada saya.

“Sampai satu tahap, saya bukan sekadar menagih syabu, tapi turut terjebak dengan kumpulan pengedar apabila mengambil upah membungkus dadah,” katanya yang kini menghuni Rumah Insani dekat sini.

-Hmetro
0 Komentar untuk "Anak jutawan dahaga kasih"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info