Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Leuniey Isteri Apek Sahkan Kini Hamil Enam Minggu

Berita yang pasti ditunggu-tunggu ramai, selepas beberapa kali keluar berita palsu berita kehamilan isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dikenali sebagai Apek, Leuniey Natasha mengesahkan dia kini mengandung enam minggu.

Bercakap kepada Media hiburan tengah hari tadi dia begitu teruja memberitahu berita kehamilannya kepada Apek yang ketika itu bekerja di Australia.

Keterujaan Leuniey semakin menebal kerana dia mahu menimang cahaya mata secepat mungkin untuk menghilangkan kebosanannya jika Apek ke luar negara.

Leuniey turut berkongsi cerita tentang Apek turut mengalami “Morning Sickness” seperti dirinya dan turut gembira dengan berita ini.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua, semoga kandungan dan juga kesihatan Leuniey sentiasa terjaga.

Sebelum itu, kami selitkan beberapa keping gambar terbaru Leuniey dan pasangannya.





0 Komentar untuk "Leuniey Isteri Apek Sahkan Kini Hamil Enam Minggu"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info